Sabtu, 25 Ogos 2012

alhamdullillah..

alhamdulillahhh...keje asgmmnt yg dberi da ciap......tapi tak redi nak balik esokkkkk,,,wuahhhhhhh....tak mo balek...huhuhuhuhuhuh...kener ikut jadual mcm bese,,huhuhuhuh......sabar khalidah.....setahun lagi nak tamat segala2nya,,,,,

Jumaat, 24 Ogos 2012

cara belajar yang sepatutnya...


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

8 tips mengelak penangguhan..


Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Jumaat, 17 Ogos 2012

ummi....ayahhh.....nak pecah otak asernyer...

pening pala otak ana ni...mana taknya nak buat bahasa arab yang mnimbun...............ya Allah.....kau kuatkan semangatku ya Allah untuk menghadapi cobaan ini.........

Khamis, 16 Ogos 2012

biler da ngadap blog???

huhuhuh,,,tak yah citer pom da taw...biler da ngdap blog...10 jam dok dpn blog sjer pom tak perrr,,,huhuh...mnat sgt dgn blog...sbb suka menaip....kalau kawan2 ana pula macam mana bler da ngadap blog....macam ana tak...???hehhehe..kot ana sorang jer macam tu....nek juling mata ana menaip pom tak kesah
,,,that is my hobby now...dont disturb......hehehe,,,,,,,

raya+assgment+exam

huhuhuhu......raya kali ni best sgt100...nak taw sebab per.....dapat 'angpau' dari cikgu2...huhuh...mean 'angpau' kat sini is 'assgment'.....nampaknyer raya bersama2 nan 'angpau yg dberi bertimbun100
                                                                   .......seronok sgt.......
lepas tu......asssgment3 gak...lepas raya ni pekse,,,atototototo...naek pecah kepala otak ana ni...
                                                         kene le ulang kaji skit+hard+byk....
huhuhuhu......pepom...ana nak bukti kan yg ana boley melakukan wlupom dMUSIM RAYA......huhuhuh,,,,,moga2 ana berjaya dengan cemerlang in mid-sem exm.....insyaAllah............ :) :) :)

Rabu, 15 Ogos 2012

kad raya khas t0k followers tersyg....


raya secara sedehana......

sekarang mood raya bertambah+........huhuhuhu...mana taknyer dekt radio da banyak bising3 dgn lagu raya...hehehehe...kawan3...ingat....ramadan masih ada lagi,,,,jadi manfaatkan ia dengan perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Pencipta kita ALLAHUROBBI.....jangan disebabkan 'nak buat kuih raya','nak buat baju raya',nak jahit langsir raya ,nak 'beli itu ini' dan segala3 nyer tok rayalah kita tinggalkan solat terawih,ngaji quran n mcm g lahh untok mnmbhkn pahala dibulan ramadan ni
,,,,,,,,,tak mo...tak mo...tak mo cam tu eh kawan3......besederhanalah menyambut lebaran ini kawan.....agar perasaan yg negatif kita dapat di atasi...insyaAllah....sama-sama lah kita menyambut bulan syawal dengan sederhana sahaja.....insyaAllah yang sederhana itulah mendapat barakah yang besar dari Illahi......sesungguhnya Allah suka orang yang besederhana

Sabtu, 11 Ogos 2012

raya???

ana rasa sedih sangat nak tinggal kan bulan ramadan ni..rase sedih sangat,,,sebab dalam banyak2 bulan...bulan ramadan sahaja yang ada malam lailatulqadar,,,,,,ade terawih....hidup sepnjang bulan ramadan yang barakah ni,,,,,huhuhuhuh,,,,,,,moga ana sempat lagi merasa ramadhan taun depan,,,insyaAllah......

Jumaat, 10 Ogos 2012

kawan terima kasih..... :'(

terima kasih ya Allah Engkau telah hadirkan kepada ana seorang sahabat yang     
mengerti hati ini tika disakiti.....terima kasih ya Allah....sahabat...terima kasih kerana cuba memahami hati ini....walaupun perkenalan kita baru bermula....   

moga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat sahabt.....ana sayang sahabat kerana Illahi,,,,,,,,,,

Isnin, 6 Ogos 2012

~~~ya Allaahhh..........astgfirullahalzim......tiba-tiba hati ana merindukan seseorang yang tak sepatutnya ana rindukan...jauhkanlah disudut hatiku untuk merinduinya...lebih baik ana merindui cinta dari ALLAH SANG PENCIPTAKU........jauhkanlah dia untukku dan jaga lah ia untukku.....ini bukan masanya ana melabuhkan cinta yang suci ini pada bukan tempatnya...~~~moga Allah memelihara ana dari segala manis didunia ini,,,,,,mashaAllah,,,,,,,,,

cinta~~~

·٠•● ♥ Asalnya "CINTA" milik ALLAH
Perginya "CINTA" dengan izin ALLAH
Hilangnya "CINTA" kehendak ALLAH
DICINTAI & MENCINTAI adalah "ANUGERAH"
ALLAH ♥ ●•٠·
Sunnah Rasulullah SAW ketika memakai kasut

Rasulullah SAW berkata;
‘Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakannya dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua2
belah) atau menanggalkannya semuanya.’

Sunnah ini sentiasa berulang dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Setiap kali ingin keluar kita akan memakai dan menanggalkan kasut contohnya ketika pergi ke masjid, masuk dan keluar bilik air, keluar bekerja, pulang dari kerja dan sebagainya.

Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita yang sudah tentu dapat menambahkan ganjaran pahala, dan segala gerak-geri serta tingkah laku kita berada dalam keadaan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu cara untuk memperoleh pahala dalam amalan2 itu kita hendaklah niatkannya kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah SAW.