Isnin, 30 Disember 2013

NEW LOOK!!..

kali ni entry the first time updates in new look...
okeyhhh..petang sampai ke malam ni.....
saya mengedit-ngedit blog ni....
sampai ler rase puas hati.....
buat header yg bese2 jer...tapi CHUMELLL....
hehehe....itu prinsip blog sayer....
biar simple dan cHumell;....heheheh.....
okeyhh....
biler difikirkan balik....
saya rase saya ni minat warna PINK gamaknyer....
mana taknyer...setiap kali nak buat per2 la....mesti nak ader warna pink....huhuh....
tak kire lah dari aspek len pom same....
macm bju...beg tagn...
kasut.....?mahupun aper2 jerrlaa...
mesti nak der selit warne pink tuhhh...baru rase puas hati....
dulu menafikan ....sebab warna nyer nmpak feminin...girly......gedik.....lembut sgt........
last-last....jadi obses pulak.....
tapi per pom...saye berpuas hati dengan new look blog sayer ni.....
akhirnyer begini rupenyer jadi blog sayer....heheheh

SIMPLE > PINKY >GIRLY >EMOTION >CHUMEL
sayer juga berharapkan....pembaca dan followers sayer suka kan theme blog saya kali ni......kepuasan blog saya 40% dari followers sekalian....heheheh......teruskan menyokong sayer utk menulis dan membangkitkan blog sayer sehingga ke taraf blogger terkenal seperti blog kak lyssa , abg zamani , kak fatin liyana , kak fatimah syarha dan banyak lagi blog yang femes......




Auratmu...Aib yg wajib ditutup!!

Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.

Namun, setakat  mana yang dinamakan ‘aurat’, terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama’  berselisih pendapat mengenainya.
Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.
Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.

Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada
Firman Allah SWT :              
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan
Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT,
Ertinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian ‘takwa’ seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma’ Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata,
“Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.”
Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma’ r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya.”
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.

okeyhhh 20!!!

lagi sehari....esok dah nak 31...then masuk tahun 2014........

nak tahan peredaran masa berlalu tidak berhak dan tidak berkuasa...hanya Allah yang menntukan saja segala-galanya.....
takut sangat nak masuk ke alam atau usia yg baru......
teringat kata-kata cikgu kaunseling di sekolah dulu....sebenarnyer semakin kiter mningkat usia...semakin dekat dengan kematian......

jadi ia mengingatkan kembali bahwa cukupkah amalan ku untk dibawa menghitung diakhirat nanti.....
ia mngingatkan saya tentang banyak peristiwa-peristiwa yg berlaku seblum nih.....yang dapat membuktikan bahawa kiamat dekat dengan kita....

kerna bnyk tanda-tanda besar dan kecil kiamat sudah berlaku......
semoga kiter dengan meningkatnyer usia kiter dan tahun baru....kiter dapat juga meningkatkan iman kiter.....
semoga amalan kiter diterima oleyhNya.......ALLAHURABBI...
berazam utkterus mningkatkan iman disisiNYA...dan melebihkan cinta pada yang Maha Esa.........INsyaALLAH....
semoga segala yang diniatkan yang baik itu tidak akan ada halangan dalam melakukan....moga dipermudahkan....
OK....tahun depan saya bukan dah remaja....saya PRA-DEWASA.....hahaha...macam lawak jer...tapi itulah hakikat yang sebenarnyer.....huhuh...
semoga segala tindakan saya nmpak mcm orang berusia 20 tahun.....bkn nyer mcm kebudak2an lagi...hehhehe...
hai umur......huhuh....
zaman remaja dah nak melambai saya.....


dan zaman pradewasa mmanggil......
terima dengan redha.....
semoga umur yg bakal mningkat dan tahun yang  bakal berubah ini menjadikan saya berdiri dibumi ini sebagai seorang muslimah yang sejati


 dan taat kepada perintahNya.......
selain itu, saya  mengharap dapat melanjutkan pelajaran diperingkat DEGREE pada bulan 9 ni di UNIVERSITI.....
InshaAllah.....




Khamis, 26 Disember 2013

ku pohon cintaku dikunci rapi

Cinta..
Dikau itu fitrahnya suci
Sesuci embunan pagi
Seputih turunan salji



Cinta..
Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Mewarnai segenap hidupan duniawi

Cinta..
Andai manusia itu bijak pekerti
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari

Cinta..
Kenapa dikau selalu disalahkan erti?
Dituduh, dihina.. sering dicaci
Tatkala manusia terlajur diri

Cinta..
Usah dikau bersedih hati
Dikala manusia menunjuk benci
Bukan salahmu sekali-kali

Cinta..
Dikau sebenarnya penyeri
Buat kami khalifah di bumi
Juga buat anak cucu kami

Cinta..
Hapuslah air matamu di pipi
Imbaulah kembali indahnya memori
Disaat dikau penyatu kasih yang murni

Cinta..
Adakah dikau masih ingati?
Saat Adam dan Hawa menyemai kasih syurgawi
Bukankah terbukti dikau penyatu dua hati?

Cinta..
Zaman ini banyak sekali tragedi
Menarik dikau ke lembah penuh misteri
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri

Cinta..
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi

Cinta..
Ingin sekali aku bersimpati
Namun aku sendiri serupa insani
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini

Cinta..
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama isteri dan suami



Cinta..
Andai suatu hari aku akan dicintai
Andai suatu masa aku akan mencintai
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami

Cinta..
Buat masa ini
Aku ingin sekali kau dikunci rapi
Kerna kini aku  ingin menimba ilmu Ilahi

Cinta..
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi…

Selasa, 24 Disember 2013

bukan ego tapi bermaruah...

assalamulaikum kawan-kawan......
semoga semua sihat walafiat kehendaknyer......
lama dah saya tak post enry kan....kali entry saya bertajuk 'bukan ego tapi bermaruah'
okeyyy....

perkataan diatas ini mestilah difahami oleh kaum adam dan kaum hawa......
kalau dikutkan budaya barat...sudah pasti pergaulan diantara lelaki dan permpuan tiada langsung batasannyer...oleyh itu...betapa indahnyer Islam......yang menjaga perhubungannyer diantara kaum lelaki dan kamu perempuan.....banyak batasannyer.....
hal ini....dapat terlindung dari gejala maksiat, fitnah dan menjaga maruah seseorang......
bersyukur lah mejadi manusia yg asal sejak lahir Islam....yang mempunyai peraturan dalm  pergaulan....
jadi.....
ada yg mmndang lekeh dan remeh tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan......sebenarnye....itulah tunjang utama yg perlu kita mnjaga....
dari perhubungan itu lah bermulalah segala-galanya......jadi perkara ini wajib dititik beratkan.....
ader yg mngatakan
KAUM ADAM : kenapa kau sombong sangat nih?ego la tuhh nk ckp nan kiterog?
KAUM HAWA : ini bukan masalh ego.....
KAUM ADAM : abes tu aper lgi...enjoy la skit.....per la ko ni!!?
KAUM HAWA : aku masih ade maruah....cakap biler perlu jer lah yer....yup...ak boleyh enjoy...tapi bukan dengan kaum adam ajnabi ....harap maklum.....
kui2..... #saperterasasilaterasa....mmg nak bagi terasa....bagus klu masiih ada perasaan terasa.....sebab kawan-kawan  masih ada iman lagi.....
jadi tak terlambat utk berubah mnjadi muslimah dan muslimat yang menjaga ikhtilat.......



Rabu, 18 Disember 2013

saya sebenarnyer nak resume....

hai kawan-kawan.....ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....

ingat tak hari tu saya ader cakap pasal resume...tapi saya tak der bagi per2 pon conto untuk kawan-kawan kan.....oleyh sebab resume saya da siap......jadi saya nak bagi contoh resume yg saya buat.....
harap dengan ader resume ni dapat bantu dan memudahkan bagi kawan-kawan....
yerlahhh....resume kan penting untuk mintak kejer.....
masing2 ader matlamat


sebok mencari haluan yang sesuai dengan kriteria sendiri


kerja dan terus kerja.....asal duit poket masuk!!!

yelahhh..tambah lagi bagi yg mintak kerja kerajaan ker....or swasta.....penting sesuatu kualiti bagi resume ni....resume ni saya belajar dari kem saya pada minggu yang lepas.....
jadi setelah diapply apa yg diajar.......beginilah resume dapat dibentuk........


tak kesah lah awak tu lelaki ker permpuan ker....mesti ader resume kalau nak apply kerjer.....lagi satu kener sentiasa  updates resume.....jgn biar keinggalan zaman bila yer......,


dari resume la org boleyh buat penilaian saper kiter?\

ni ha link nyer.....>>>klik ni contoh resume khalidah :)

semoga dapat dimanfaatkan scara baik....share2 lah dengan kawan-kawan yang lain......jangan kedekut yer.........heheheh.....lagi satu doakan lah saya dapat kerja yang baik........



Isnin, 16 Disember 2013

berbahagialah dengan konflik...

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan sentiasa berada di dalam kesedaran yang tinggi kepada Allah. Sebagai seorang muslim, isu Palestin sentiasa kita bincangkan; walaupun ia bermusim.
Namun, teringat saya kepada kisah pemimpin-pemimpin Hamas yang tidak pernah gentar berhadapan dengan organisasi Zionis yang tidak berperikemanusiaan ini. Almarhum Syeikh Ahmed Yassin dibunuh dan syahid pada tanggal 22 March 2004 sebaik sahaja keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh. Penggantinya Abdul Aziz Rantisi, seorang berpendidikan tinggi namun memilih hidup untuk berjuang di jalan Allah.
Sanggup memilih hidup di dalam kesusahan di khemah-khemah dari hidup mewah dengan harta kebendaan yang melimpah ruah. Ketika ditanya di dalam satu sesi temuduga sebaik sahaja beliau menggantikan Syeikh Ahmed Yassin, apakah beliau tidak takut menghadapi nasib yang sama seperti Syeikh Ahmed Yassin yang dibunuh?
Jawapan yang diberikan, dari saya mati disebabkan sakit jantung, lebih baik saya mati dibunuh dan syahid di jalan Allah dan alhamdulillah pada tanggal 17 April 2004, beliau juga ditembak mati dan gugur sebagai syahid. Kisah-kisah pemimpin Hamas ini sering membuat saya bertanya pada diri saya sendiri dan kepada Allah. Ya Allah di manakah tempatku di sisi Mu, hebatnya mereka hingga membuat saya merasa sangat kecil, terasa diri ini tidak memberi impak sewajarnya kepada perjuangan Islam jika dibandingkan dengan mereka.
Kali ini saya ingin berkongsi apa yang diajarkan Allah tentang konflik. Pengajaran ini saya perolehi apabila saya berhadapan dengan konflik yang melibatkan saya dengan seorang sahabat saya. Saya rasa menyesal dengan apa yang berlaku namun alhamdulillah sebelum sempat saya merasa begitu sedih, Allah menyejukkan hati saya dengan memantapkan lagi kefahaman saya tentang konflik. Saya kongsikan kefahaman ini dalam satu sesi latihan yang kami anjurkan baru-baru ini.
Di dalam sesi latihan itu, peserta diminta membincangkan tentang berbagai konflik yang dihadapi di dalam kehidupan, samada konflik dalam diri, keluarga atau masyarakat. Saya bertanya kepada para peserta, kenapa dalam hidup kita ada banyak konflik, bukankah Allah Maha Penyayang, kenapa kita perlu dihadapkan dengan berbagai konflik dalam kehidupan, peserta memberikan pelbagai reaksi dan respon.
Saya katakan kepada mereka, bagaimana seorang perenang mahu jadi perenang yang hebat? Mereka kata kena berlatih bersungguh-sungguh. Apakah yang dilalui ketika berlatih? Tanya saya. Mereka jawab berbagai-bagai kesusahan dan kepayahan. Apakah mungkin seorang perenang boleh jadi perenang hebat jika tidak melalui proses dilatih dengan penuh kepayahan dan kesusahan?
Tidak, jawab mereka penuh kepastian. Begitu jugalah dengan diri kita. Kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka kita semua akan diproses dengan berbagai-bagai konflik dalam kehidupan untuk membentuk kita menjadi insan yang hebat, yang sabar, yang jujur, yang kuat, yang bersemangat dan sebagainya.
Dalam kehidupan ini kita akan berhadapan dengan berbagai sikap dan personaliti manusia yang berbeza. Ada personaliti yang membuatkan kita benci sesama kita. Contohnya, ramai kita yang sering berhadapan dengan orang-orang yang kita rasa ‘sukar’ atau kita term-kan sebagai ‘difficult people’. Samada orang yang pemarah, orang yang kedekut, orang yang sombong dan sebagainya. Cuba bayangkan orang itu, saya akan membayangkan salah seorang bos saya yang sangat menyusahkan saya kerana saya merasakan dia seorang yang ‘perfectionist’ dan saya terpaksa mengubah kertas kerja saya hampir lebih 10 – 15 kali!
Sebenarnya Allah ingin memproses kita melalui orang-orang ini, seperti perenang hebat tadi. Bila kita berhadapan dengan orang yang cepat marah, kita sedang diproses untuk menjadi orang yang sabar, bila kita berhadapan dengan orang yang ‘perfectionist’, kita sedang diproses untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti dan sebagainya. Bayangkan kalau orang-orang ini tidak ada di dunia ini? Semua orang baik, bagaimana kita akan diproses? Pasti kita tidak jadi diri kita sekarang bukan?
Nah, mulai sekarang berbahagialah dengan apa saja konflik yang kita hadapi dan senyumlah dalam hati apabila bertemu dengan orang-orang yang berbagai sikap dan personaliti dan katakan di dalam hati, aku sedang diproses. Semoga kita jadi manusia hebat, insya-Allah.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui…

tudung labuh tapi......

“Yang penting hati”
“Dosa pahala itu antara kita dengan Tuhan”
“Ramai di luar sana yang pakai tudung labuh.. tapi.. perangai tak senonoh, lebih teruk dari yang bertudung biasa dan free-hair
Perasan tak yang mesejnya sangat sensitif?
Terutama kepada golongan yang bertudung labuh.
Tak terasa kah macam ada sesuatu yang tak kena?
Kenapa perlu membuat perbandingan yang ketara,
Menjejaskan pemahaman setiap insan yang mendengarnya.
Dengan yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung pun?
Perlu?
Pernahkah Nabi ajar kita menyampaikan dakwah sebegini?
Semua manusia adalah manusia biasa.
Baik yang bukan Islam, yang bertudung labuh, yang tak bertudung labuh dan yang tidak bertudung.
Semuanya manusia biasa.
Tak lari dari membuat kesilapan.
Jadi mengapa perlu mengaitkan kesilapan mereka yang paling hampir kepada kebaikan?
Tapi perlu kah kita mendorong ke arah lebih terbalik?
Ia sudahpun diterbalikkan dengan amalan-amalan songsang.
Yang mana di situ hampir kesemua golongan wanita,
Mengenakan tudung labuh dan berpurdah?
Malah ramai yang berniqab.
Adakah masih akan ada ‘dialog ala berdakwah’ seperti ini?
Bukankah ‘yang penting hati’?
Jadi kenapa perlu kaitkan yang bertudung labuh,
Tetapi perangai tak senonoh;
Dengan yang tidak bertudung labuh,
Dan ditambah lagi dengan yang free hair?
Tidakkah bimbang akan menambahkan lagi,
Bilangan Muslimah yang enggan bertudung labuh?
Tetapi menutup aurat dengan sempurna itu wajib.
Sekurang-kurangnya, yang bertudung labuh itu,
Berusaha untuk menyempurnakan kewajipan itu.
Atau paling tidak pun, paling hampir kepada sempurna.
Tidak berbunyi seolah-olah menghalalkan apa yang ditetapkan haram.
Ye, haram.
Bukan aku yang mengharamkannya, tapi Allah!
Bukan juga Nabi s.a.w.
Tetapi Tuhan!
Yang bertudung labuh itu tidak senonoh pada siapa?
Pada manusia kan?
Adakah dia tidak senonoh di hadapan Tuhan?
Wallahua’lam.
Bukan hak kita untuk menilai.
Pada siapa pula mereka kelihatan senonoh?
Ok, perangai mereka baik, senonoh kan?
Pada siapa? Pada manusia juga kan?
Adakah mereka dipandang senonoh oleh Tuhan?
Wallahua’lam juga.
Tetap bukan hak kita untuk menilai.
“Itu antara dia dengan Tuhan”?
Dialog tu sepatutnya sudah lama dibuang.
Kalau dikutip kembali, harus dicampak pula.
Kemudian ditanam dan mereput ditelan tanah.
Sepatutnya.
Kalau tak, jadi mungkin hanya sensitif pada aku yang baharu saja berjinak-jinak dengan tudung labuh.
Memang terasa.
Mendalam sangat.
Tetapi mereka adalah yang paling hampir untuk menjadi lebih baik.
Kenapa tak guna cara yang sepatutnya untuk mendorong ke arah kebaikan?
Yang paling hampir itu sudah tentunya dalam proses perubahan ke arah yang lebih baik.
“Itu antara dia dengan Tuhan”
“Yang penting hati”


Mesti semua orang pernah dengar ni.
Betulkah cara kita menyampaikan dakwah macam ni?
Perlu kah kita mengaitkan yang bertudung labuh,
Yang wajib, tetap wajib.
Dunia ni seperti sudah terbalik.
Cuba bayangkan, jika kita ditakdirkan lahir di Bumi Arab?
Sekali lagi perlu diingatkan, yang wajib itu tetap wajib.
Tak ternampakkah yang ini bercanggah?
Tak siapa kata bertudung labuh itu wajib,
Sungguh, ia tak masuk akal jika difikirkan kembali.
Sepatutnya apa yang patut disampaikan,
Seolah-olah.
Cuba tanya pada diri sendiri,
Dan yang tidak labuh dan free hair itu pula,
Jadi tidakkah kedua-dua mereka itu berhak dikatakan
Nampak?
Tak betulkah?
Betul – yang bertudung labuh tidak semestinya baik.
Dan jika tidak,
Biar Allah saja yang menilai.
Semoga aku dan semua muslimah di dunia ini istiqomah dalam menyempurnakan setiap kewajipan yang telah ditetapkan.
“Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruh isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan mukmin (beriman) supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.” (Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Sabtu, 14 Disember 2013

cuti da setahun....?

hayooo...rase macam da cuti setahun....padahal baru dua minggu jer....bosan melander diri.....ayoo.....tak tahu nak buat aper...satu rumh da saya geladah.....nak kejer...tgah tunggu keputusan...bulan satu ni.....alahaiii......bosan sampai tahap nak nangis pom ader...sampai tak tahu nak buat per da......huhuhu...tapi nasib baik la hari ni blik rumah aruah opah kat KL....huhuhuh....
hilang sikit la kebosnan tu...huhuhu....
yer la hari dok mengadap netbook chumel saya ni naik bosan dah...huhuhuh....
smpai satu tahap macm kerani jer da......yer laa....menaip...tekun depn netbook...hahahaha....
bosan sangat...lepas balik KL ni dah tak taw nk buat per.....
OK!!!
dapat satu idea....TARAAA!!!
tau per yg saya nak buat...saya nak journey sensorang la...hehehhhe
yerlaaa....
kawan hangout...ramai  kat U.....
jadi wat jorney sendiri....bln 12 jer......bln satuni da nak start kejer da.....tak boleyh da nk jenjalan...be serious to my carrier......heheheheh...macm ajet2  jer saya ni....hehehehehe
okay....im want to make my own journey.....maybe stu perak ni....hehehe....
kawan STPM..ramai yg da kejer.....huhuhu...rase mcm nk dok satu rumaah sewa...n kejer...msti bes kn....hehhhehe
mcmner ni.....bosan sangt...tak per sabar sikit jer lagi.....blik KL nanti,.....i wnt to strt my journey?tak boleyh dulu....pegi tmuduga KAFA....BARU MULAKAN PERJALANAN....hheheh...ader sper nak join...boleyyh....boleyh emailkn saya or mcg saya awal2 sblum ari rabu mggu dpan.....

Jumaat, 13 Disember 2013

Hijrah Cintaku

                    Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.
Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Mempercayai bisik harap. Sentiasa ia bersuara. Kerap dan sentiasa pinta dijauhkan. Sebelum waktunya. Sungguh, jiwa-jiwa yang mencintai keredhaan Tuhannya. Tidak sesekali inginkan kalimat indah. Terpacul penuh mudah. Tertulis penuh bait. Ia mahu untuk disimpan. Iakan mahu untuk dihijab. Iakan sentiasa gamang. Pada gerun takut pada zina. Bukankah terindahnya kerna menjauhi kotor dan keji? Dan sering hati dan segala anggota meneguk terus, ungkap-ungkap suci dan telus dari Tuhannya.
“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.”  (Yusuf, 24)

Seribu musim pun akan terus berlalu. Saat fikir tiada lagi akan sebuah penantian. Jauh dari dasar hati, mahu iakan muncul di akhirnya. Sungguh, tetapnya hati itu. Kerna tetapnya istikharah yang berdesir. Pada wajah yang tak pernah nampak, pada suara yang tak pernah tersurat.
Menjauhi corong emosi. Bergetar pada sebelahnya nafsu yang maha keji. Menyiratkan malu yang bertemu. Sujud terindah dan tertulislah kedekatan sebuah taqdir. Akan sebuah rindu terindah. Tersiksa kerna berusahanya dari sisi halal. Terperit kerana doanya tak pernah menipis. Tersedu sedan kerna memilih simpang yang sulit namun penuh tulus dengan bait keimanan haqiqi. Demi semata-mata meraih RedhaNya. Kerna rasa padaNya adalah yang utama dan pertama! Lantas, jalan itu dilalui.
Berusaha sentiasa perlu bermuhasabah. Usah sampai segalanya nampak putih dan gebu. Sedang syariat bersuara serak menafi rindu di qalbu. Memilih untuk mencintai. Umpama berkorban tanpa henti. Umpama menanti suatu yang pasti. Bukankah?
Malam akan sentiasa mendatang. Bingit menyiksa hingga kapan pun hilang bicara. Menulis rangkap bisa buat hati yang menanti. Bernafasnya DEMI dan HANYA Ilahi. Simpang kanannya bercahaya. Sulit. Pandanglah ke hadapan.
Kesulitan takkan pernah berubah pada namanya. Ia kan sentiasa bersifat sukar. Ianya berduri. Ianya perlu iman tebal di hati. Ianya perlu redha ayah dan ibu yang dicintai. Ia juga, sentiasa melukis pada sebuah kanvas hijrah. Kepada kebaikan. Kepada kesempurnaan.
                       “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Baqarah, 186)

kaum 'ADAM' pom ader auratnyer

Aurat lelaki seperrti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat leaki hanya antara pusat dan lutut sahaja....maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat auratnya ialah cukup hanya antara pusat dengan lutut begitu juga kalau berada dikhalayak ramai.....

jadi oleh itu maka ramai lah kaum adam mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke lutut....sebab itu yer kawan-kawan....seringkali melihat seorang lelaki memakai seluar pendek keluar rumah dengan membasuh keretanya...

benar...jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek sampai keparas lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki.....TETAPI jangan lupa hukum itu perlu juga mengambilkira waktu berjalan dan duduk....apakah ketika itu aurat kaum adam tersebut boleh terpelihara.....

bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusat dan lutut...solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat hanya pusat hingga lutut...tapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud dan duduk anatar dua sujud?tidakkah lutut ternampak?sahkah solatnya ketika itu? THE ANSWER IS>> TAK SAH!

bagaimanapun  pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia tunduk jugakkan?adakah ketika itu auratnya tidak terbuka iaitu lutut?kalaupun dia pakai seluar pendek yang labuh ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak ltutnya...tidak berdosakah dia ketika itu?JAWABNYA TENTULAH BERDOSA...

bagi masyarakat kampung pula lebih suka memakai kain singkat sampai lke paras ltut...malah terkadang ternmpak pusat sehingga terlondeh kain pelekat...waktu berborak di serambi dengan kawan-kawan sudah pasti ternampak auratnya....
begitu juga ank muda sekarang yang lebihkan gaya 'trendy' dengan memakai seluar pendek...dan si ayah yg memakai kain pelekat dan waktu terduduk sehingga terselak nampak lutut...agak berdosa tak pada waktu itu...sudah pasti berdosa....

  begitu juga sewaktu bersukan....pemikiran kita telah dipengaruhi barat dengan cara pemakaian sukan mereka......seperti permaianan bola sepak....seluarnya sependek yg mahu....samapai mededahkan peha......
pakaian sukan tajaan barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang berpakaian longgar dan menutup tubuh menyebabkan pergerakan lambat...tetapi teori mereka tidak tepat apabila pelari pecut wanita islam dari Bahrain dapat mengalahkan pelari yang lain yang hanya memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia...


oleh itu fikir-fikirkanlahh...bagaimana generasi kaum adam pada masa akan datang.....?yang bakal menjadi imam??yang bakal menjadi pemimpin disuatu hari nanti........?

sama-sama kita bergerak kearah islam yang lebih syumul........insyaAllah sudah pasti ada keberkatanNya.......


Khamis, 12 Disember 2013

jangan menghalang dia berubah....

manusia itu ada baik dan ada buruknyer kelakuannya....
sebagai seorang manusia perlu ada kesedaran diri untuk berubah kearah yang positif......sesungguhnya betapa ruginya seorang manusia tu tak melakukan apa-apa perubahan dalam kehidupannya....dan sia-sia lah kehidupannya...hanya meneruskan kehidupan yang penuh ''lagha'' sahaja.....

zaman era teknologi ini....banyak pengaruh baru masuk.....dan ramai manusia tidak mempedulikan tentang perubahan kehidupan yang baik....mereka hanya tahu mengejar kemewahan duniawi......
kini ramai yang memandang enteng terhadap perubahan seseorang kearah lebih baik....memandang serong dan tidak cuba untuk memulih semangatnya agar terus bangkit untuk menjadi lebih baik...malah diberi hinaan dan cacian terhadapnyer.....serta menganggapnya sesuatu yang main-main sahaja......

seperti dalam firman Allah Ta'ala surah al-luqman ayat 3:21
 ''menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang membuat kebaikan''
ayat di atas jelas menunjukkan ganjaran bagi orang yang melakukan kebaikan.....jadi apa salahnya kita turut membantu sahabat atau orang-orang yang inginkan perubahan dalam diri....biarlah pada asal kita hanya juga manusia yang lemah.....tapi kita sama-sama bangkit untuk melakukan perubahan ini....
ada yang mempertikaikan...''kau siapa?kau bukan baik pon?kau juga bukan ustaz or ustazah untk memperbaiki org lain....?
tapi.....sebenarnya...tanggapan tu salah......bukan hanya  mnunggu ustaz or ustzah yang menolong mmperbaiki seseorang...... 
setiap manusia diberi tanggungjawab ini....iaitu mecari hidayah.....

seperti dalam firman Allah Ta'ala surah al isra' ayat 15:17
''Barang sesiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah(Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan)dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tesesat bagi(kerugian) dirinya sendiri. Dan seseorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang yang lain, dan Kami tidak mengazab sebelum Kami mengutuskan seorang rasul.''
ayat ini jelas menggambarkan bahawa setiap manusia bertanggungjawab mencari hidayah Allah......dan berusaha kearah yang baik.....pasti Allah akan membantumu......percayalah dengan janji Allah.....Allah menyuruh kita memanfaatkan disetiap sudut didunia ini untuk melakukan kebaikan dan berubah kearah kebaikan.......betapa rugi bagi yang mengabaikannya.......
jadi marilah ita bangkit bersam-sama untuk berubah........berubah menjadi baik dari hari semalam......InshaAllah....segala kebaikan itu pasti dipermudahkan........

janganlah sesekali kita mempertikaikan perubahan yang ingin dilakukan seseorang......dia juga berhak berubah...kerna dia juga hamba Allah......dengan perubahan dia lakukan akan menjadikan dia lebih abik berbanding kita...kerna perubahan yang dilakukan benar-benar ikhlas bukan atas paksaaan sesiapa..tapi atas kesedarannya......MashaAllah indah nya hidayah yang Allah berikan.......

hayati kata-kata dibawah ni>>>

Allah sentiasa bersamamu



Rabu, 11 Disember 2013

mawar berduri!!


pagi tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga....kelopaknya indah warna warni ...kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri yang tajam dibatangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku......
saya cuba untuk mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya ...saya mengeluh sendiri mencari bunga yang cantik dihalam perumahanku.....lalu kuterlihat satu bunga yang cantik tidak jauh dari ku......

saya menghampiri bunga yang cantik itu.....batangnya tidak berduri lalu cuba kusentuh dan kucuba untuk menciumnye......tak lama kemudian saya melepaskannya....baunya cukup membuatkan saya loya ...lalu terdengar suara manusia yang lain dibelakangku....

sepasang adam dan hawa yang sedang bermanjaan lagak yang sungguh sungguh menjengkelkan.......
tak lama kemudian si adam marah si hawa...saya hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan sihawa itu menangi hiba....sementara itu pula saya terpandang dengan seorang hawa yang lain yang berpakaian serba sopan dan sederhana gayanya yang tidak jauh dariku.....

pakaian yang labuh tidak merangssang nafsu...alangkah senang hati ku melihatnya dia yang tunduk pandangannya...si adam langsung tak menegurnyaa...bukannya benci tanda hormat padanya...
saya tersenyum sendirian tetiba teringatkan bunga-bunga yang tadi....
saya bermula bermonolog dalam diri......
bunga yang berduri itu pasti susah utk didekati sang kumbang...bunga yang tidak berduri itu sudah pasti dihinggapi sang kumbang..lalu kumbang itu sudah pasti mnnggalkan bunga itu apbila sudah dapat madu.....
kembali say melihat kearah dua hawa tadi.....
siapakah saya??
say tergolong dalam golongan yang mana?

Ya Allah jadikanlah aku bunga idaman para mujahid .....bunga idaman agama.....aku mahu kelopakku indah tanpa sedikit kekotoran....jadikan aku wanita solehah......wanita yang mukminah......

Selasa, 10 Disember 2013

the croods

                                                 best kot.....cerita '' THE CROODS''

....best sangat......huhuh.....nak menangis  kot....cerita banyak pengajarannyer...ia berkaitan dengan tentang hubungan kekeluargaan,sahabat dan percintaan......sampai menitik air mata dibuatnye......cerita ni mengisahkan seorang ayah dan suami yang bertanggungjawb dan setia pada keluarga......dia banyak membantu keluarga dari mara bahaya berlaku......dia sebagai seorang ayah yang sanggup mendedahkan dirinyer dengan bahaya...dia sanggup menyelamatkan yang lain dari mmentingkan keselamatan sendiri....sangat setia pada keluarganya....walupun keluarga sudah mempercayai kebolehan budak lelaki iaitu 'guy' berbnding dia apabila munculnya guy dalam hidup mereka sekeluarga......
sangat mengharukan...dia masih menyayangi anak dan isterinya....dia tetap cuba jadi sekuat mungkin untk keluarganyaa...sangat mengharukan...........
kawan2 wajib tengok cerita ni....klu der yg da tgok......jom kongsi kat sini...hehehe....
masih ader lagi ker lelaki sebegini.....yang setia mnyayangi dan melindungi walau pun telah dikecewakan bnyk kali......masihkah ada lagi........???
lagi satu rupernyer.....lagu dalam cerita 'THE CROODS' tu yuna yang nyanyi....saya sebagai rakyat Malaysia berbangga...mana taknye......movie ni luar ngara yang hasilkan ....bukan Malaysia......tajuk lagu tu ''shine your ways''

sedap lagu ni..........mai la dengar yer kawan2.....saya amat berbangga dengan kak yuna kitaaa......

lagu tadi tu  digandingkan yuna dengan kumpulan yang terkenal iaitu owl city.......
aper2 pom kawan.....betape pentingnyer pengukuhan dalam sesuatu perhubungan.........bagi yang tak tgok tu...jgn luper tgok yer.......saya bagi 5 rating star utk filem ni....hahaha...tak rugi satu jam stgh tgok cterr ni.......tgok la taw......




ujian guru kafa!!

                                                            assalamualaikum kawan2!!!
........da nak masuk tengah hari da pom yer.....nak taw tak tadi saya ada la menjalani ujian kafa bertulis.....

start nyer pukul 9 pagi....saya datang la 15 minit awal dari masa tersebut......,mulenyer...saya ingatkan ujian kafa ni mcm sumuanye adalah baya2 saya......rupenyer makcik dan pakcik pun ada.....
                   pada mulenyer saya ingat saya silap hari ker...muler terkebil-kebil...ni ujian nikah ker aper.....adoiii....takut salah masuk...last2, tak nak la sombong diri....buat-buatlah macam peramah giler tetetibe...datang la saya kat sorang makcik ni.......fes salam dulu tanda saya hormat pada dia.....''salam makcik ni kn tempat ujian guru kafa tu kan?'' hehehe..... balas makcik tu ''yer nak...tak kan kursus nikah kot''
pandai makcik tu buat lawak dengan saya kan...hehhee......saya pom tersipu malu lahh.......atoooo!!!!! makcik dapat baca gerak hati saya lahh.....yer la tadi baru cakap ni tempat ujian nikah...adoiiii...malu laa.....

naper nampak saya macam orang nak ambik ujian nikah ker....???
tak der la pulak.....huhuhu.....tak lama la tuuu......hehehhe.......
da pkul 9 saya dan orang yang nak ambil ujain pom masuk ke kelas ujian tu when ader pegawai dari jabatan agama islam tu datang.....huhuhuhu....pegawai ker......?macam muder jer......huhuhuh.....

dan macam kenal jer?macm pernah nampak jer........
ok!!!!baru teringat rupernyer.....tu pegawai kat pejabat agama,....ari tu saya pernah kena dengan dia time nak mintak borang STAM........huhuhu.......geram pulak tengok dia biler teringatkn kisah hari tu........
yerlahhh....tapi salah saya juga laa hari tu tanyer soalan bodoh kat dia....soalan bodoh ker? biasa jer laaa.....situ kan pejabat agama...saya tanyer lagi kat dia...''ni pejabat agama ker??'' adoiiiii.......SEDEBISHHHH!!!! kener balik nann dia....dia kata aper kat saya nan kawan saya...
''tak la...adik silap...ni bukan pejabat agama ni tempat mudim sunatkan dan tempat akad nikah....adikkn yg stuju nk bernikah dengan abg kn hari tu??????
aikkkkk????menggelaba juga la saya time tu...mana taknyer...tetiber tak de angin tak der ribut kener nikah dengan orang yang tak kenal.......hampir menangis saya time tu......saya dah berapa langkah nak keluar terus dari pejabat tuu.....terus pegawai tadi tu panggil balik.....''dik...mana boleyh buat abg mcmni...da dik nak kawen dengan abg...adik pulak yg lari ni kenaper????''dengan gelak sinisnyer...saya lelaju pegang tangan saya nak keluar........saya balaslah''tak per la tersilap orang kot???''huhuhuh...menggeletar satu badan time tu semua orang yang ader kat pejabat tu tengok saya dan kawan saya.........
hanya Allah yang mengetahui betapa malunyer saya time tu!!!!

last kali.....''DIK BETULLAH NI PEJABAT AGAMA!!'''menjerit kuat pegawai tu sebab saya da keluar dari pejabat agama.......
dalam hati tu...time tu rase nak tumbuk jer pegawai tuu..............................................!

geram+marah+malu+nak nangis...
mula lah bercmpur baur.....huhuhuh....geram.....ikutkn nk blik jer...sggup tak nk ambil borang STAM langsung.....tapi sebab kan kawan say pujuk-pujuk.....pergilah patah balik dengan muka tebalnyer.......
pegawai tu boleyh gelakkan saya sepanjang jalan tu.....geram....saya diam jer time tu...sbb tengah tahan marahhh...huhuhuhuh.....
da sampai kat kaunter tu saya tak cakap langsung.....kwan saya pulak yng cakap nk mintak borang STAM......
sakit hati time tuu....!kwan saya yng uruskan semuanya......
last time nk blik tu dia mintak maaf.........saya sekadar ''haaahh!it ok.....''....padahal hati tu tu klu boley nk cepuk muka dia time tu gakkkk dengan handbag kulit saya ni........
tetibe jumpa lgi pulak dia hari ni.......taw dia pggil aper!! ''hai cikdik?ingat tak dulu?''
ok....dia ingat lagi....mmg perkara tu tak lupa dari ingatan saya.....memalukan saja satu pejbt agama....huhuhu...
dia buat peramah dengan saya.....dia tnyer la aper saya buat skrg.....?dok mna?sihat ker? huhuhhhhhhhh....dia ingat saya boleyh luper perbuatan diaaaaa...gerrrrrr......
pastu senyum sinis kat saya.....da la kener dok depan time tu...dia plak jadi pengawas peperiksaan time tu.....gerammm...
tapi tak kesah laa...janji saya nak buat ujian ni sehabis baikkkkk.....malas peduli orang macmtu......yang penting soalan kafa tadi senang macm budak2 punyer soalan...tak taw la temuduga ni dapat ker tak...tawakal jer laaaa.....ader rezeki tak kemana.......insyaAllah,....yakin dengan janji2 Allah kepada hambaNya........ 

Isnin, 9 Disember 2013

bilik saya!!!!

hai kawan2.....hari ni nak cerita pasal bilik saya....hehehehe.......semua pasti ada bilik kn......tak kesah la kecik atw besar.....huhuhuh.....yg penting ada bilik......ikut laa ...ada yang share biliknyer....ader yg soranggg......betapa beruntungnyer sesiapa tu biliknyer hanya sorang....boleyh sesuka hati jer nk buat aper dengan biliknyer......tak begitu kawan2......?kalau share payah skit la kalau yang tak sekepala.....yg ni mint pink,.....yg ni mnt biru...penyudah.....bergadoh......tu perkara biasa da kn.....
tapi kat sini saya ada bilik saya sendiri.....saya tak share nan sesaper pom....yerlaaahh...saya sorang anak perempuan mana taknyaaa....adik yg len lelaki.......deper yg kener share.....hehehehe.....
saya kalu boleyh nak bilik saya secantik yang mampu.....heheheh.......nak tgok bilik saya mana satu........
you see this!!!!!
percaya tak ni bilik saya?
mana ada laaahhhh...ni bukan bilik saya....hehehe........ni bilik idaman saya adalah........seronoknyer kalu semua nya warna pink macm ni......hehehehehehe.......almaklumlah.......perempuan......comel jer mesti warna pink,......tak gituhhh........



ni bilik saya sebenarnyer.....?
adakah benar ini bilik saya....?????mana lah nak dapt kerusi biskut macm tu kan......ni bukan la bilik saya........nice kan......besar gituhhhh......bilik siap ada ruanng tamu.......huhuhuh....best2..........

okayyy la saya ngaku ni bilik saya.......
hahaha......bebenor ler saya ada bilik macm ni.....bilk dalam laut.....bertuah laaa badan.......bestkan kalu ader bilik macmni.......sebelum nak tidur boleyh kire ikan ada berapa......bangun tidur pagi2 boleyh tengok terumbu karang.....ikan nemo.....hehhehehe

okayyyy...ni bilik adik saya.......
tak der mknanyer ni bilik adik saya.....biler masa lah pulak rumah saya depan lauttt....beruntung lah bagi sesaper rumah depan laut......pagi da boleyh tengok view beach.....huhuhuh....seronoknyer.........tadi dalam laut sekarang depan laut.....hahaha,.......kener kahwin dengan lee min hoo la macm ni......hehehe......

okayyy!!!!!!tak nak ngaku da.....
ni bukan bilik saya....hebatkan bilik ni.......biler2 masa nak terjun swimming pool pon boleyhh....aternyer....da kati depan swimmi8ng pool...perhhhh...kaya la org ni.......
tak ker membazir ayor jer ker.......huhuhuh...tak per laaa duit terlambakkn......hehehehehehe.,........

okay......ni bilik sedara saya!!!!
entah sedara mana tahhh...hehehe...nice kan bilik ni........comel gituhhh...da la saya minat hello kitty.....so cute.......mcm tuan puteri la pulak.....huhuhuh......indahnyer klu dapat bilik mcmni........kalu kahwin nnti saya nak bilik mcmni laaaa......suami saya kener la terima seadanye...hehehe...wlu pom nmpak girlykn.....?

OKAYYYYYLAAA.......pengakuan ni BUKAN bilik saya.......
saya baikk....tak ngaku dahh ni bilik saya.......hai sang bakal suami betapa indahnyer kiter ader bilik mamc ni kn......huhuhuhuh......malam boleyh tengok bintang.....huhuhhuhtapi klu ujan petir tak ker rase seram......huhuh...macm nak memancar ker kiter jer.......huhhhuhy

ni pom bukan bilik saya.......
nice kan.......sesuailah klu der empt beradik........jimat kos nak buat bilik bnyak2 kn.......hehehehehe

napak elegent kan.....
ni pom bukan bilik saya...hahahaha.......cantikkan......konklusinyer kat sini saya bukan nak share pasal bilik saya.....ni pasal bilik idaman saya,......saya harap sangat salah satu daripada 9 bilik ni saya akan miliki satu hari nanti........hehhehhe......