Khamis, 21 Ogos 2014

tiada lafaz lebih indah dari lafaz "ALHAMDULILLAH"

ASSALAMUALAIKUM YA AKHI YA UKHTI SEKALIAN...
sudah sekian lama tak menjengah mencoret dan menconteng sesuatu di sini....akhirnya masa yang terluang ni ingin menulis sesuatu yang indah...
betapa panjang dan banyak suka duka tawa nangis yang dilalui sebelum ini...setiap detik ku bersyukur di atas keselesaan selama hari ni....keselesaan yang sementara...
khalidah merupakan anak sulong dari empat adik beradik...menjadi sebuah pengharapan kepada ibu dan ayah untuk melihat khalidah sampai ke menara gading...
sebak didada tak tertanggung semasa lepasan spm 2011 mendapat keputusan yang semua orang tak nak tengok bile menyemak keptusan UPU iaitu
 ''DUKACITANYA.......''
Allahhu pada waktu itu tersangat lah sedih tak terhingga kerana tidak dapat menghadiahkan kegembiraan pada umi dan ayah....pada waktu itu rasa dah tak mampu nak berdiri untuk menghadapi bakal soalan yang akan ditanya oleh semua orang...''dapat u mana??,sambung belajar mana???paling sentap...ouh tak dapat ye...?kawin jer laa..tok sah belajq da....heyyy dunia!!!!sedarlahh jangan suka-suka nak perendahkan orang tak tentu hala
dipikir...kemana khalidah nk bawa lepas ni??spm tk past upu??takkan nak masuk kolej..mesti mahal..ni akan menyusahkan mak ayah...nak ambik STAM rase tak mampu...kemana lah nak bawa ni..nak teruskan belajar juga...tk nk berhenti sampai sini saja...
tak terlintas dek fikiran sebelum ini nak masuk form 6...tapi tetibe saat itu terpikir pasal form 6...mintak juga pndapat orang dan ader juga mulut-mulut bising pasal fom 6 ni susahh...kene pakai baju sekolah..cara belajar pon macam sekolah...kene perhimpunan..duduk asrama nan budak-budak lower...mmg sakit telinga dengar orang ngata pasal form 6..kalau dicerita sehari semalam pun tak habis ape yg di katakan orang...
dengan tekad dihati pada hari tu cari baju sekolah balik..pakai baju sekolah balik..telan ape yg dikatakan orang pergilah daftar form 6...
telan segala kepahitan sewaktu form 6..memang tak dinafikan susahnye form 6...mmg kner bercekang mata utk study buat assigment form 6...khalidah memang tak peduli dengan ape orang nak kater cara khalidah study...tak lekang buku ker..hape-hape jee lah...tetap telan....bestnye waktu form 6 ni ader kawan-kawan yang memahami dan saling tolak ansur...bile pressure kami luah sesama kami je la....bukan nak assabiah...tapi kawan-kawan sebaya yang lalui bende ni je faham keadaannye..bersabar dan terus bersabar lalui kehidupan hari-hariku sebagai PELAJAR STPM...
berkat kesabaran yang khalidah lalui membuahkan hasilnya pada 11/8/2014 pada pukul 1.30 ptg
dan menantika  khabar gembira apabila mngecek keptusan UPU
''SUKACITANYA........BERJAYA.......USIM......KOS IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH DAN PENGURUSAN ISLAM...''
berderai air mata laju-laju....hanya Tuhan saja mengerti perasaanku pada waktu itu....setelah sekian lama...yang apa yang diimpikan mak ayah khalidah untuk melihat anaknya ke menara gading telah berjaya.....
ALHAMDULILLAH YA ALLAH....PERANCANGAN MU BENAR-BENAR INDAH...
percayalah dengan perancanganNya...sudah tentu Dia tahu ;apa yang terbaik buat hambaNya....
Allahuuuu......
ALHAMDULILLAH...

Khamis, 12 Jun 2014

Alahaii medsi~~

Assalamualaikum semua..harap pembaca semua sihat dan ceria sentiasa...
baru-baru ni keputusan MEDSI dah keluar...tersangat lah mengharapkan sinar untuk di panggil interview bagi medsi pula....paling kurang da ader selangkah ke UPSI...
Allahuuu....tangan menaip ic di laman portal UPSI dengan satu pengharapan yang besar mengharap di panggil..tapi..nasib tidak menyebelahi khalidah..


sangat menghampakan...tak nak dapat nak gambar betapa sedihnye bile yang atas ni keluar....hakikat menahan sebak didada, namun berlinangan air mata yg tak terkawal dan tidak dapat menerima kenyataan ini....bayangkan selepas spm juga mengharapkan..tapi tak dapat..mengharap STPM dapat menebus lagi..dan dapat berpeluang lagi menapak sebagai seorang pendidik..tapi apakan daya....sistem tak boleh diubah utk keputusan dari DUKACITA >> SUKACITA
mmg agak berduka lah sedikit...bukan sedikit banyak jugak la.....
ini bukan mengecewakan khalidah saja...tapi telah mengecewakan harapan besar ayah dan ummi...khalidah tak peduli apa orang nak cakap...ade yang kata ''masuk upsi pun belum tentu keluar jadi guru..belum tentu diposting selepas graduate nnti''...khalidah tak ambil kire pun pasal tu..sebab sekurangnyer bile dah menapak di UPSI tu 50% cita-cita khalidah sudah tercapai...
khalidah nak jadi cikgu sebab nak grab pahala besar mengajar anak bangsa dan umat islam....tapi apakan daya cita-cita tidak menyebelahi khalidah....
walau macamana skalipun tak semua yang kita impikan atau kita suka tu adalah terbaik utk kita...mungkin semua ni ada hikmahnye....mungkin apa yang khalidah tak suka tulah yang terbaik utk diri khalidah....



SEBAIK-BAIK PERANCANG ITU ADALAH ALLAH
kerna Dia sahaja mengetahui kemampuan diri serang hamba yang diciptaNYA...
yakin lah dengan segala perancanganNYA ...
berdoa dan mengharap kan sesuatu yang terbaik...InshaAllah

Khamis, 22 Mei 2014

BLOG ADER PERASAAN??

Assalamualaikum....holla kepada semua pembaca blog saya yang masih setia mengikuti perkembangan saya....tetibe saya dapat mesej reminder yg telah sebulan lebih saya meninggalkan blog tanpa jejak...muahahah....bukannya apa...
series sangat sebok dengan urusan kehidupan sendiri....almaklumlah bile dah bergelar guru ni.....^^ <<bajet2 jer macam guru tetap,padahal guru ganti saja.....heheh...baru lah tahu betapa seboknye alam guru...dulu kecik-kecik berangan-angan nak jadi guru sampaikan paksa anak-anak jiran tok jadi murid-murid...hehehe....now...sedikit banyak pengalaman saya mengajar dan menjadi guru....tugas guru tu tersangatlah besar rupanya..tidak seperti yang saya sangka kan selama ini.....
Now day parent yang menghantar anak ke sekolah mengharapkan 100% dari guru ...gurulah mengajar,gurulah mendidik,gurulah mengasuh,gurulah merawat..segala-galanya guru diserahkan....namun saya redha...dan saya masih berminat untuk menjadi the real cikgu.....inshaAllah....
ok...terlalu panjang mukaddimah saya ni yek...heheh..
ok tukar topik....
sudah kian lama saya tak mengupdates blog....andai kata la blog ni ader perasaan.....sudah pasti bile log in jer blog and ''harap maaf saya merajuk dengan awak sebab lama sangat awak biar kan saya ...awak dah tak sayang saya...cukuplah sampai disini saja...sudah cukup-cukup sudah...sampai disini saja''
ohhhh kalau begitu laa..jenuh la nak pujuk supaya dapat bukak balik...hohohooo..
''wahai blog yang kucintai....kau lah satu-satunya blog yang aku sayang....sudah pastilah aku tidak mahu berpisah dari mu..tapi apakan daya...banyak perkara yg perlu diuruskn dan punya perasaan...hewww.....''
ok da macam drama the king lak....hehehhe ^^
maafkan saya blog dsebabkan kekangan tu yg tk terupdate...takkan ku melupakan mu my sweet....

Jumaat, 28 Mac 2014

Kisah Pemuda yang ikhlas


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa serbuah novel yang tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya . Tertulis disitu ''Catrina, ikhlas perlukan sahabat'' 


Tergerak hati jejaka itu untuk mengutuskan surat kepada gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka tersebut menulis surat kepada gadis untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan jejaka tersebut.


Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu dengan si gadis misteri dan begitu juga si gadis tersebut. Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap terbuku di hati.

Pada suatu  hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapatr berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskan sepucuk surat yang berbunyi '' kalau Allah panjangkan jodo kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.Setelah itu, izinkanlah aku membawamu makan malam bersama orang tua ku ''
Maka pergilah si jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan ....


Beberapa bulan kemudian.......
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memgang sekuntum bunga mawar merah ditangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut mebawa bunya mawar merah.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi,sedikit hitam dan berjerawat dimuka duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannnya cacat sebelah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaaanya selama ini berbeza dari imiginasi nya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

''Catrina?" Gadis itu tersenyum ceria ke arah jejaka tersebut. Sijejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis tersebut '' aku amat merinduimu .Terimalah bunga mawar ini dan pelawaan untuk makan malam bersama orang tuaku. Orang tuaku tidak sabar lagi bertemu denganmu.'' kata si jejaka tersebut.
Sigadis itu tersenyum lebar  dan berkata ''aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis yang cantikjelita memberikan bunga ini kepada ku sebentar tadi.Dia meminta ku memberitahu kamu bahwa dia akan menunggu kamu di restorangn dihadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam bertemu dengan orang tuamu''

Berapa ramaikah lagi manusia yang sesuci hati jejaka ini??
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah  wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu???

Selasa, 25 Mac 2014

nak luah ker..??pendam jer?

hye!!!assalamulaikum semua...apa khbar hari ni??how your iman?ada kemajuan tak?hope semua sihat belaka dan dirahmati Allah Yang Maha Esa....
okeyh...sebelum nak berleter panjang ni....


jom  ambil luang masa 3 minit sahaja kiter berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW....
hari ni nak sharing something yang semua orang pernah terjadi or akn terjadi.....terus terang saya memang lemah biler disoal tentang cinta terhadap manusia....nak sharing pasal hati dan perasaan...semua orang der hati dan perasaan...saya bukannye apa saya sangat takut dengan dunia luar yang belum ditempuhi banyak liku lagi ni....

suda pasti pernah ada monolog ni dalam diri masing-masing kan...?
''aku suka die....tapi....aku suka lah die..tapi malu lah nak terus terang....die boleyh ker terima kalau aku terus terang dengan die???''
mesti pernah bermain dibibir ataw hati sahabat pembaca sekalian...bile cerita pasal soal hati dan perasaan memang takkan habis sampai kebesok la ceritanye kan....


           

KATA HAMKA : cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia..ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci..Jika ia jatuh pada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..
waa....penuh bermakna kata-kata ni....baca sampai faham ye...
semua yang ada dimuka bumi ini ada cinta...cinta tu satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada makhlukNya...cinta datang dari hati yang bukan boleyh dipaksa-paksa atau boleyh sekat-sekat..''STOP!!!...CINTA...!BUKAN SEKARANG!! ''tak boleyh buatnya macam tu kan...kalau tak percaya tanya lah orang yang pernah jatuh cinta....cinta itu fitrah manusia yang normal....

semua orang nak macam ni kan '' I LOVE U..U LOVE ME BACK..'' dalam erti kata lain...nak cinta yang kita cintai tu berbalas lah kan....semua pasti nak punya kn...tak yah tipu lah nan khalidah...hehhee ^ ^

okeyhhh kalau da suka sangat dengan orang tu...
sebaik-baiknya cinta itu mesti lah berlandaskan redha Allah...tak takut ker cinta kite dimurka Allah dengan perkara yang tidak berlndaskan redha Allah??oke...the first that u must think is...sebab apa kiter suka dia?kapel kah?kahwin kah??atau saja suka???

1)KALAU UTK KAPEL? ATAW SUKA-SUKA JER....
baik lupe kan jer niat nak luah perasaan tu....sia-sia je kamu luahkan.....mau ker dimurka Allah seumur hidup dan buat pengetahuan sahabat....KAPEL SEBELUM KAHWIN HARAM....!!tak takut ker lakukan perbuatan yang haram....dan lakukan tanpa redha Allah....NAUZUBILLAH....mntak sangat dijauhkan....yer ukhti2 dan akhi2 sekalian...cinta yang asal itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah atas sebab kelakuan dan perbuatan kita...

2)KALAU UNTUK BERKAHWIN
okeyhh...semua mesti senyum sensorang bile tengok statement no dua ni kan....waa....sape dekat sini tak nak  kahwin??? ^ ^ cuma cepat dengan lambat jer kan...okey kalau ada simpan niat nak kahwin contohnya guna orang tengah dulu seelok2nya orang sudah berkahwin la ada pengalaman macam abang kita ke akak ke bagitau dan minta pandangan dari diorang.. paling penting ISHTIKARAH tu..minta pertunjuk dari Allah swt.. betul tak keputusan yang kita nak ambik ni.. mohon dari DIA tunjukkan jalan yang benar dan adakah lelaki yang kita suka tu baik untuk kita? kita tak tahukan...Allah swt je tahu apa yang terbaik untuk HambaNYA. sebelum nak luahkan apa-apa fikir semasak-masaknya dulu..tak salah dalam islam perempuan luahkan perasaan pada lelaki sedang pada zaman nabi Muhammad ada seorang perempuan mohon agar diperisterikan oleh Baginda. Biarlah cinta yang ada dalam hati kita ni kerana Allah swt.. kerana nak gapai redha dariNYA. Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul.Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat dari fitnah dunia. 

tapi sebelum nak buat apa-apa kuatkan mental dulu.. takut-takut excited lebih cinta tidak berbalas hati yang merana..tapi kalau ada feedback lelaki tu punya ada perasaan yang sama..minta datang berjumpa ayah kita dekat rumah dan bincang macam mana bukan bincang dengan kita k dengan wali kita.. kalau tak yakin.. Luahkan je kepada Allah swt.. InsyaAllah jika lelaki tu baik untuk Agama kita, Hidup kita, Mati kita..dan boleh membimbing kita bersama-sama menuju cinta yang satu.. Allah swt pasti akan bantu hambaNYA yang beriman..yakin kepada Allah swt.. 

seandainya tak ada jodoh dengan lelaki yang kita suka tu..terimalah hati dengan ikhlas dan "set mind" siap-siap.. "InsyaAllah ada lelaki yang lebih baik darinya untuk aku" dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah swt..

0kewh ke...faham ke apa khalidah cuba nak habaq..hehe..hope faham la ye.. kalau nak jawapan yang lebih flexsibel dan padat bolehlah berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam bidang ni (not me) hehe...aisya cuma sampaikan ilmu sekecil zaraf je..
Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (surah rum: ayat 21)

              * dalam apa-apa hal pun "Utamakan ALLAH SWT dahulu" 

Isnin, 24 Mac 2014

persoalan jodoh?

Assalamualaikum sahabat sekalian...
terima kasih masih sudi mengikuti perkembangan blog saya....InshaAllah...akan cube updates sekerapnye...oke...



sekarang alhmdulillah saya da dapat rezak STPM full...alhmadulillah keputusannyer seperti aper yang saya target...aper-ape pon saya bersyukur kehadrat Illahi....Allah memperkenan kan doa saya....ramai juga sahabat-sahabat seperjuangan STPM di PRAUNISAS dapat keputusan yang cemerlang....berkat usaha dan kesabaran kami dengan bermacam tomahan yang kami dapat...kami ambil ia sebagai peransang semangat untuk terus berjuang.....
oke,....situasinyer sekarang ni saya baru jer dapat rezak STPM...



sudah ramai yang bukak mulut tentang soal bile nak kawin pula....


cuber persoalkan bile pula saya nak sambung degree...??tak begituh ker....
tak marah pun dengan pertanyaan sebegitu....cuma yang saya pelik tu kenapa ramai benor nak menanyer nyer....oke...thinks positif ..mereka nak tengok saya kahwin dan bahagia...gituh.....
kawan2...sahabat...rakan2...makcik2...pakcik2....cikgu2...adik2...kakak2,...abang2...dengar ni....PERKAHWINAN bukan lah perkara yang mudah dilaksana seseorang....dan bukan juga perkara yang boleyh difikirkan dalam masa yang singkat.....bagi khalidah...

perkahwinan ialah masa depan khalidah....jadi takkan khalidah nak senang-senang rosakkan masa depan khalidah dengan terburu-buru.....perkahwinan tak sama juga macam kiter belajar disekolah....perlu berusaha utk mendapat kan yang tebaik..perlu banyak pelajari utk memahami dengan baik....jadi ia juga perlu lah ada tempoh utk menSEARCH , meRESEARCH , men STUDY.....banyak lagi yang perlu khalidah pelajari.....bukannyer tak nak kahwin...saper jer yang tak nak kahwin...org giler pun nk kahwin....tapi bagi khalidah selepas perkahwinan banyak perkara yang mudah seperti org len cakap... '' weyh ak nak kahwen bulan depan, datang taw kenduri aku nanti.'' bukan semudah itu....saya juga kene fikirkan ape yang terbaik buat masa akn datang...
iaitu:

1) boleyh tak die ni memipin khalidah ke jalan syurga??dan cukup solehah ker utk mnjadi isteri??
2) boleyh ke ekonomi die  dan khalidah ni bertahan di masa akn datang...sbb ekonomi sekarang semakin mncabar...???
3) boleyh tak die ni mendidik khalidah dan anak mengaji dan memberi pendidikan??
4) boleyh tak..macam2 lagi perlu difikirkan...demi kebaikan masing2...
THIS IS MY FUTURE....tak perlu risau...yang saya minta kalian doakan yang terbaik buat saya....
jika saya mahu suami yang soleh ..terlebih dahulu saya kene menjadi wanita yang solehah dahulu.......lelaki yang baik pasti utk perempuan yang baik...tak begituh.....

Ingat perkahwinan bukan seperti makan kacang....semudah yang dicakap....perlu banyak persediaan....banyak dipelajari...semua orang mendambakan rumah tangga yang baik dan indah-indah belaka...jadi sebelum membina rumah tangga mari kita mendekati lebih banyak dengan SANG PENCIPTA tulang rusuk kita...iaitu Allah Yang Maha Esa....Dia sahaja tahu ape yang terbaik buat kite semua.....mari mencintai Allah sepenuh hati kite dahulu...malu lah kite meraih-raih cinta manusia tapi cinta Allah kite persiakan...NAUZUBILLAH....cinta lah cinta ALLAH YANG HAKIKI ...

Merinduimu...

ohoooo!!!!
ASSALAMUALAIKUM ...
kepada pembaca blog saya yang setia...terima kasih sebab masih mengikuti blog saya yang sudah sekian lama tidak updates.... 


dengan terluangnyer masa bercuti selama seminggu ni saya nak manfaatkannyer secara baik....alhamdulillah ini peluang nyer utk buang sawang-sawang yang dah lama dan gris sikit aper yang dah berkarat.....hehe....terima kasih masih setia melawat blog yang tak seberapa naik ni..hehehe...aper pon teruskan mengikuti blog saya....rindu dekat blog ni...kini baru berpeluang untuk menaip semula post baru....
ok...nak citer sikit perkembangan diri saya selepas STPM....


alhamdulillah..dalam bulan dua macam tu saya dapat tawaran guru ganti JQAF...alhmadulillah semua ni rezeki...ade juga pengalaman saya mnjadi cikgu di sekolah kerajaan....macam mimpi jer...tapi mimpi yang indah ini hanya utk sementara bagi menggantikan ustzah JQAF yang bersalin sampai bulan lima ni...kan seronok mimpi indah ni berterusan saja....nak sangat jadi guru tetap....tapi apakan daya..hanya bergelar 'GURU GANTI'...its ok..tk per..nak sambung degree....nk mntak kos pendidikan...nak sangat jadi cikgu....tak der ke jalan mudah utk ke pekerjaan ni..dan tak deer ke menteri besar yang sudi menyerap saya terus jadi cikgu...saya minat sangat...masih ker ader ruang untuk saya mnjadi guru selepas degree nanti....menurut cikgu kaunseling saya sekarang ni di dunia luar ni dah kelambakan cikgu dan ader yg belum dpt posting lagi kemana2.......


''Ya Allah ...berilah ruang yang luas buat ku untuk menjadi cikgu,guru,or ustazah....aku sangat bermnt dengan pekerjaan ini...pekerjaan ini sangat mulia...aku ingin sangat membantu anak melayu dan umat islam...ya Allah beri lah kesempatah utk aku menjadi seorang pendidik yang dapat berbakti...''

moga ade ruang pekerjaan ini buatku...pembaca blog saya ni doakn saya yer....doakn yang terbaik buat saya....perjalanan saya masih jauh lagi.,....saya baru menempuh sesuku daripada ranjau kehidupan saya....masih banyak lagi belum ditempuh...alam belajar belum habis lagi, alam pekerjaan...dan lagi satu alam yang merisaukan saya...alam rumah tangga...dan juga alam tua dan juga tidak lupa alam kematian....Allahhuu....

masih perlu dipelajari dan ditingkatkan bagi menghadapi segala2 ini.....moga dapat menjdi muslimah yang solehah dan dlam redha Allah...

Ahad, 12 Januari 2014

be a good and nice?

“Kehidupan dunia ini (jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut , ayat 64)
Melihat kepada fenomena hari ini, terdapat pelbagai ragam manusia. Ada kehidupan mereka yang tidak berubah-ubah sedari kecil, remaja, dewasa, tua dan sehinggalah ajal datang menjemput. Tetapi ada juga yang berubah mengikut peredaran usia dan waktu serta keinginan hati mereka dalam mencari kebenaran dan arah tuju hidup.
KEINGINAN UNTUK BERUBAH
Sememangnya sudah fitrah manusia untuk kembali kepada kebenaran meskipun mereka adalah dari golongan seburuk-buruk dan sejahat-jahat manusia. Mungkin sukar untuk percaya, seorang yang digelar ‘setan’ itu jauh di sudut hatinya ingin menjadi seorang yang baik.
Keinginan untuk menjadi baik dan akhirnya menemui laluan ke arah kebaikan itulah sebenarnya yang dinamakan hidayah. Dengan kehendak Allah, hati yang telah ditutupi dan diselaputi dengan dosa dan noda, akan ada sedikit lubang kecil yang hanya dimuati laluan cahaya hidayah Allah untuk ditembusi terus ke dalam hati-hati manusia yang terpilih.
Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 35 yang bermaksud,
“Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-Nya seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya itu. Allah menunjukkan beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu.”
BERSYUKUR
Tatkala kita merasakan kumpulan dosa terlalu banyak, janganlah kita berputus asa dari rahmat-Nya dan merasakan diri tiada tempat di sisi Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Sebaliknya bersyukurlah, dengan terdetiknya sedikit penyesalan itu sebenarnya adalah satu bentuk hidayah Allah yang lahir tanpa kita sedari kecuali bagi mereka yang berfikir akan nikmat yang Allah berikan. Kerana dosa yang kita sedari itulah yang mendekatkan diri dengan Allah dan seterusnya melahirkan rasa kehambaan dalam diri dan mengakui kelemahan sebagai seorang manusia yang perlu bergantung kepada Sang Pencipta.
Berbanding dengan mereka yang berasa diri tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa betul dalam kelakuan dan tindakan, ia cukup bahaya kerana tidak sedar diri mereka sudah berada jauh dari Allah. Mereka ini adalah golongan yang sombong dan tidak mengharapkan pertolongan Allah tetapi lebih kepada mengikut kata hati dan berbuat apa sahaja yang mendatang kebaikan dan keseronokan pada diri.
Apa yang terjadi hari ini, kita seringkali menolak seruan-seruan untuk kembali kepada Islam. Pelbagai alasan yang diberikan kerana merasakan diri masih muda dan belum tiba masanya untuk berubah. Alasan yang paling suka diberikan ialah ‘belum sampai seru!’ alasan tersebut langsung tidak munasabah. Mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang bernilai itu diberi secara percuma tanpa perlu berusaha untuk mendapatkannya!
Seringkali apabila kita diberikan ujian dan didatangkan suatu insiden barulah ia berjaya membuka hati kita untuk berubah. Insiden tersebutlah yang akhirnya mengetuk pintu hati kita untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kita dikira bernasib baik jika nyawa masih dikandung badan tetapi apa akan terjadi jika kita sudah tidak diberi peluang untuk bernafas dan menebus segala dosa-dosa lalu?

HIDAYAH NALURI
Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang pertama ialah hidayah naluri (keinginan). Hidayah ini adalah sesuatu yang semula jadi ada pada diri kita sejak dilahirkan ke dunia sebagai contoh, bayi yang baru dilahirkan akan menangis apabila lapar. Nalurinya inginkan makanan bagi menghilangkan rasa lapar. Yang kedua ialah hidayah melalui pancaindera. Semasa kecil, kita dapat mengenali dan membezakan sesuatu perkara dengan menggunakan pancaindera seperti mendengar suara ibu dan ayah atau dapat mengenali sesuatu objek. Kemudiannya hidayah dalam bentuk akal fikiran yang mana ia dikurniakan oleh Allah supaya dapat memandu kita berfikir secara rasional sebelum bertindak.
HIDAYAH AGAMA
Seterusnya ialah hidayah agama. Hidayah inilah yang menyelamatkan diri kita daripada kesesatan dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan beriman kepada Allah SWT. Ia dapat mendorong kita melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah sekali gus dapat membezakan antara perkara-perkara baik dengan perkara haram.
HIDAYAH TAUFIK
Yang terakhir ialah hidayah taufik yang mana merupakan tahap hidayah yang tertinggi kurniaan Allah kepada hambanya yang dikasihi. Tinggal sekarang, hidayah itu harus dijaga kerana nilainya tiada tara dan tidak dapat ditukar dengan apa pun. Ia menjaga kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.
Hidayah pula diturunkan dalam dua cara iaitu hidayah pemberian makhluk sama ada dari kalangan para nabi, pendakwah ataupun sesiapa sahaja. Contohnya hidayah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad agar membimbing umatnya beriman kepada Allah. Namun, hidayah taufik ini tidak mampu diberikan oleh makhluk tetapi hanya Allah yang berkuasa. Ia tiada pada Nabi Muhammad walaupun baginda adalah seorang Rasul sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 56 yang bermaksud,
“Sesungguhnya engkau (ya Muhammad) tidak dapat memberi hidayah/petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.”
Adapun ciri-ciri orang yang sudah mendapat hidayah, mereka hebat beribadat seperti melakukan solat fardu dan sunat, mengeluarkan zakat dan rukun Islam yang lain, sentiasa memperuntukkan waktu untuk bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT selain mengerjakan keperluannya di dunia. Mereka ini tidak mampu melupakan Allah walau sesaat kerana begitu takut akan pembalasan di hari akhirat nanti. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam setiap perlakuan agar tidak ditarik balik hidayah pemberian Allah.
Biarpun hidayah itu adalah pemberian Allah tetapi tidak bermakna kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu ia datang kepada kita. Hidayah perlu dicari dan boleh diusahakan jika kita benar-benar inginkannya dengan memohon kepada Allah. InsyaAllah, kita pasti akan diberikan hidayah.

Jumaat, 10 Januari 2014

Makna Cinta

ANDAI ditanya kepada 10 orang lelaki dan 10 orang wanita akan makna cinta buat diri mereka, pasti jawapannya yang diperolehi adalah 20 jawapan yang berbeza dan antara jawapan yang popular adalah,“Cinta itu subjektif.”

Benarkan begitu?
Benarkah cinta itu subjektif dan bukan bersifat objektif?
Ya, kita akui makna kepada cinta sudah dikaburi dan dikelabui dengan pelbagai anasir dan mehnah semasa yang terus membawa kemuliaan dan keindahan cinta daripada makna sebenarnya.
Dalam al-Quran ada menyebut mengenai limitasi cinta  yang membebat minda dan nubari umat manusia keseluruhannya. Allah nyatakan manusia sengaja diciptakan oleh-Nya dengan sifat itu.
Firman Allah yang bermaksud;
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kecintaan (al-hubb) kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), di sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”    (Surah al-Imran 14)
Secara literal dapat kita fahami bahawa Allah memang sengaja mencipta fitrah kecintaan yang disukai oleh nafsu iaitu:
1.       Perempuan
2.       Anak-pinak
3.       Harta benda yang banyak daripada emas dan perak
4.       Kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak
5.       Kebun-kebun tanaman.
Nampaknya kesemua kriteria tersebut boleh dikiaskan dan dinisbahkan dengan kitaran hidup kebanyakan manusia pada hari ini yang;
Apabila sudah dewasa dan matang (kadang-kadang tidak cukup dewasa dan matang sekalipun), atau hari ini pengukurnya adalah setelah tamat pengajian ijazah sarjana muda dan mula bekerja, rasa ingin berteman atau lebih spesifik mencintai dan dicintai oleh pasangan masing-masing sehingga bekahwin.
Kemudian keinginan memiliki zuriat untuk mencintai dan dicintai bagi melengkapkan kehidupan sebagai sebuah keluarga. Pastinya mahu mengumpul sebanyak yang termampu harta benda sebagai tuntutan perjalanan kewangan semasa dan masa depan kemudian memiliki kenderaan yang selesa dan mempunyai rumah atau kawasan sendiri yang mempunyai kawasan dan permandangan mendamaikan.
Kemudian Allah nyatakan pada akhir ayat tersebut“Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), di sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”
Mesej yang jelas dan padu daripada Allah buat hamba-Nya bahawa ada kecintaan yang lebih besar perlu dikejar kerana kecintaan tersebut punya nilai yang besar di sisi-Nya malah menjamin hamba-Nya itu ke syurga abadi.
Rumusannya adalah, Allah memberikan kriteria yakni hanya kecintaan yang akhirnya membawa manusia kembali kepada-Nya sahaja akan dijamin syurga abadi di akhirat kelak. Bermaksud, kecintaan yang tidak membawa kepada Allah akan mendapat natijah sebaliknya. Justeru, setiap kecintaan kepada perempuan, anak-pinak, harta benda, kenderaan dan kebun tanah sendiri perlu membawa di pencinta kepada Allah bukan sebaliknya.
Tahukah kita akan cinta itu? 

Ada kurang lebih 60 istilah yang boleh dinisbahkan kepada cinta? Selain daripada perumpamaan seperti singa dan pedang, bencana yang besar, arak yang memabukkan dan pelbagai perumpaan yang dijadikan bahasa ekspresif golongan pencinta khususnya mereka yang pandai menukang syair dan puisi serta sajak.
Demikian dinyatakan oleh ilmuwan Islam besar, Syeikh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah r.h. yang merupakan anak murid kanan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.h. dalam karya yang berjudul Raudatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin.
Untuk menjadi seorang pencinta sejati dan mahu meletakkan kecintaan tersebut pada tempat yang sepatutnya, menjadi kawajaran kepada kita untuk mengetahui dan memahami akan istilah-istilah daripada dasar kepada kecintaan itu sendiri.
Cinta yang membawa kepada sebaik-baik tempat kembali yakni di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sabtu, 4 Januari 2014

jiwang karat bersalut islamik

 Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada… Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta “High Class”.Tapi….Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di’post’ di alam maya, seperti..“Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini”“Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?”“Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti…”“Kasih saya hanya untuk suami”Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di’post’ di alam maya.Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.


Ingatlah… isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!Kenapa saya titikberatkan hal ini?Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(Surah an-Nur ayat 26)Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapatjuga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?Sedangkan Allah telah berfirman lagi:“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”(Surah al-Ankabut ayat 2)


Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!