Selasa, 25 Mac 2014

nak luah ker..??pendam jer?

hye!!!assalamulaikum semua...apa khbar hari ni??how your iman?ada kemajuan tak?hope semua sihat belaka dan dirahmati Allah Yang Maha Esa....
okeyh...sebelum nak berleter panjang ni....


jom  ambil luang masa 3 minit sahaja kiter berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW....
hari ni nak sharing something yang semua orang pernah terjadi or akn terjadi.....terus terang saya memang lemah biler disoal tentang cinta terhadap manusia....nak sharing pasal hati dan perasaan...semua orang der hati dan perasaan...saya bukannye apa saya sangat takut dengan dunia luar yang belum ditempuhi banyak liku lagi ni....

suda pasti pernah ada monolog ni dalam diri masing-masing kan...?
''aku suka die....tapi....aku suka lah die..tapi malu lah nak terus terang....die boleyh ker terima kalau aku terus terang dengan die???''
mesti pernah bermain dibibir ataw hati sahabat pembaca sekalian...bile cerita pasal soal hati dan perasaan memang takkan habis sampai kebesok la ceritanye kan....


           

KATA HAMKA : cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia..ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci..Jika ia jatuh pada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..
waa....penuh bermakna kata-kata ni....baca sampai faham ye...
semua yang ada dimuka bumi ini ada cinta...cinta tu satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada makhlukNya...cinta datang dari hati yang bukan boleyh dipaksa-paksa atau boleyh sekat-sekat..''STOP!!!...CINTA...!BUKAN SEKARANG!! ''tak boleyh buatnya macam tu kan...kalau tak percaya tanya lah orang yang pernah jatuh cinta....cinta itu fitrah manusia yang normal....

semua orang nak macam ni kan '' I LOVE U..U LOVE ME BACK..'' dalam erti kata lain...nak cinta yang kita cintai tu berbalas lah kan....semua pasti nak punya kn...tak yah tipu lah nan khalidah...hehhee ^ ^

okeyhhh kalau da suka sangat dengan orang tu...
sebaik-baiknya cinta itu mesti lah berlandaskan redha Allah...tak takut ker cinta kite dimurka Allah dengan perkara yang tidak berlndaskan redha Allah??oke...the first that u must think is...sebab apa kiter suka dia?kapel kah?kahwin kah??atau saja suka???

1)KALAU UTK KAPEL? ATAW SUKA-SUKA JER....
baik lupe kan jer niat nak luah perasaan tu....sia-sia je kamu luahkan.....mau ker dimurka Allah seumur hidup dan buat pengetahuan sahabat....KAPEL SEBELUM KAHWIN HARAM....!!tak takut ker lakukan perbuatan yang haram....dan lakukan tanpa redha Allah....NAUZUBILLAH....mntak sangat dijauhkan....yer ukhti2 dan akhi2 sekalian...cinta yang asal itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah atas sebab kelakuan dan perbuatan kita...

2)KALAU UNTUK BERKAHWIN
okeyhh...semua mesti senyum sensorang bile tengok statement no dua ni kan....waa....sape dekat sini tak nak  kahwin??? ^ ^ cuma cepat dengan lambat jer kan...okey kalau ada simpan niat nak kahwin contohnya guna orang tengah dulu seelok2nya orang sudah berkahwin la ada pengalaman macam abang kita ke akak ke bagitau dan minta pandangan dari diorang.. paling penting ISHTIKARAH tu..minta pertunjuk dari Allah swt.. betul tak keputusan yang kita nak ambik ni.. mohon dari DIA tunjukkan jalan yang benar dan adakah lelaki yang kita suka tu baik untuk kita? kita tak tahukan...Allah swt je tahu apa yang terbaik untuk HambaNYA. sebelum nak luahkan apa-apa fikir semasak-masaknya dulu..tak salah dalam islam perempuan luahkan perasaan pada lelaki sedang pada zaman nabi Muhammad ada seorang perempuan mohon agar diperisterikan oleh Baginda. Biarlah cinta yang ada dalam hati kita ni kerana Allah swt.. kerana nak gapai redha dariNYA. Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul.Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat dari fitnah dunia. 

tapi sebelum nak buat apa-apa kuatkan mental dulu.. takut-takut excited lebih cinta tidak berbalas hati yang merana..tapi kalau ada feedback lelaki tu punya ada perasaan yang sama..minta datang berjumpa ayah kita dekat rumah dan bincang macam mana bukan bincang dengan kita k dengan wali kita.. kalau tak yakin.. Luahkan je kepada Allah swt.. InsyaAllah jika lelaki tu baik untuk Agama kita, Hidup kita, Mati kita..dan boleh membimbing kita bersama-sama menuju cinta yang satu.. Allah swt pasti akan bantu hambaNYA yang beriman..yakin kepada Allah swt.. 

seandainya tak ada jodoh dengan lelaki yang kita suka tu..terimalah hati dengan ikhlas dan "set mind" siap-siap.. "InsyaAllah ada lelaki yang lebih baik darinya untuk aku" dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah swt..

0kewh ke...faham ke apa khalidah cuba nak habaq..hehe..hope faham la ye.. kalau nak jawapan yang lebih flexsibel dan padat bolehlah berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam bidang ni (not me) hehe...aisya cuma sampaikan ilmu sekecil zaraf je..
Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (surah rum: ayat 21)

              * dalam apa-apa hal pun "Utamakan ALLAH SWT dahulu" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggallah komen sikit yea....( ^◡^)っ✉