Jumaat, 28 Mac 2014

Kisah Pemuda yang ikhlas


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa serbuah novel yang tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya . Tertulis disitu ''Catrina, ikhlas perlukan sahabat'' 


Tergerak hati jejaka itu untuk mengutuskan surat kepada gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka tersebut menulis surat kepada gadis untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan jejaka tersebut.


Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu dengan si gadis misteri dan begitu juga si gadis tersebut. Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap terbuku di hati.

Pada suatu  hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapatr berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskan sepucuk surat yang berbunyi '' kalau Allah panjangkan jodo kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum bunga mawar merah. Aku akan mengenalimu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.Setelah itu, izinkanlah aku membawamu makan malam bersama orang tua ku ''
Maka pergilah si jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan ....


Beberapa bulan kemudian.......
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memgang sekuntum bunga mawar merah ditangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut mebawa bunya mawar merah.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi,sedikit hitam dan berjerawat dimuka duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannnya cacat sebelah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaaanya selama ini berbeza dari imiginasi nya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

''Catrina?" Gadis itu tersenyum ceria ke arah jejaka tersebut. Sijejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis tersebut '' aku amat merinduimu .Terimalah bunga mawar ini dan pelawaan untuk makan malam bersama orang tuaku. Orang tuaku tidak sabar lagi bertemu denganmu.'' kata si jejaka tersebut.
Sigadis itu tersenyum lebar  dan berkata ''aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis yang cantikjelita memberikan bunga ini kepada ku sebentar tadi.Dia meminta ku memberitahu kamu bahwa dia akan menunggu kamu di restorangn dihadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam bertemu dengan orang tuamu''

Berapa ramaikah lagi manusia yang sesuci hati jejaka ini??
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah  wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu???

Selasa, 25 Mac 2014

nak luah ker..??pendam jer?

hye!!!assalamulaikum semua...apa khbar hari ni??how your iman?ada kemajuan tak?hope semua sihat belaka dan dirahmati Allah Yang Maha Esa....
okeyh...sebelum nak berleter panjang ni....


jom  ambil luang masa 3 minit sahaja kiter berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW....
hari ni nak sharing something yang semua orang pernah terjadi or akn terjadi.....terus terang saya memang lemah biler disoal tentang cinta terhadap manusia....nak sharing pasal hati dan perasaan...semua orang der hati dan perasaan...saya bukannye apa saya sangat takut dengan dunia luar yang belum ditempuhi banyak liku lagi ni....

suda pasti pernah ada monolog ni dalam diri masing-masing kan...?
''aku suka die....tapi....aku suka lah die..tapi malu lah nak terus terang....die boleyh ker terima kalau aku terus terang dengan die???''
mesti pernah bermain dibibir ataw hati sahabat pembaca sekalian...bile cerita pasal soal hati dan perasaan memang takkan habis sampai kebesok la ceritanye kan....


           

KATA HAMKA : cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia..ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci..Jika ia jatuh pada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji..
waa....penuh bermakna kata-kata ni....baca sampai faham ye...
semua yang ada dimuka bumi ini ada cinta...cinta tu satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah kepada makhlukNya...cinta datang dari hati yang bukan boleyh dipaksa-paksa atau boleyh sekat-sekat..''STOP!!!...CINTA...!BUKAN SEKARANG!! ''tak boleyh buatnya macam tu kan...kalau tak percaya tanya lah orang yang pernah jatuh cinta....cinta itu fitrah manusia yang normal....

semua orang nak macam ni kan '' I LOVE U..U LOVE ME BACK..'' dalam erti kata lain...nak cinta yang kita cintai tu berbalas lah kan....semua pasti nak punya kn...tak yah tipu lah nan khalidah...hehhee ^ ^

okeyhhh kalau da suka sangat dengan orang tu...
sebaik-baiknya cinta itu mesti lah berlandaskan redha Allah...tak takut ker cinta kite dimurka Allah dengan perkara yang tidak berlndaskan redha Allah??oke...the first that u must think is...sebab apa kiter suka dia?kapel kah?kahwin kah??atau saja suka???

1)KALAU UTK KAPEL? ATAW SUKA-SUKA JER....
baik lupe kan jer niat nak luah perasaan tu....sia-sia je kamu luahkan.....mau ker dimurka Allah seumur hidup dan buat pengetahuan sahabat....KAPEL SEBELUM KAHWIN HARAM....!!tak takut ker lakukan perbuatan yang haram....dan lakukan tanpa redha Allah....NAUZUBILLAH....mntak sangat dijauhkan....yer ukhti2 dan akhi2 sekalian...cinta yang asal itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah atas sebab kelakuan dan perbuatan kita...

2)KALAU UNTUK BERKAHWIN
okeyhh...semua mesti senyum sensorang bile tengok statement no dua ni kan....waa....sape dekat sini tak nak  kahwin??? ^ ^ cuma cepat dengan lambat jer kan...okey kalau ada simpan niat nak kahwin contohnya guna orang tengah dulu seelok2nya orang sudah berkahwin la ada pengalaman macam abang kita ke akak ke bagitau dan minta pandangan dari diorang.. paling penting ISHTIKARAH tu..minta pertunjuk dari Allah swt.. betul tak keputusan yang kita nak ambik ni.. mohon dari DIA tunjukkan jalan yang benar dan adakah lelaki yang kita suka tu baik untuk kita? kita tak tahukan...Allah swt je tahu apa yang terbaik untuk HambaNYA. sebelum nak luahkan apa-apa fikir semasak-masaknya dulu..tak salah dalam islam perempuan luahkan perasaan pada lelaki sedang pada zaman nabi Muhammad ada seorang perempuan mohon agar diperisterikan oleh Baginda. Biarlah cinta yang ada dalam hati kita ni kerana Allah swt.. kerana nak gapai redha dariNYA. Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul.Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat dari fitnah dunia. 

tapi sebelum nak buat apa-apa kuatkan mental dulu.. takut-takut excited lebih cinta tidak berbalas hati yang merana..tapi kalau ada feedback lelaki tu punya ada perasaan yang sama..minta datang berjumpa ayah kita dekat rumah dan bincang macam mana bukan bincang dengan kita k dengan wali kita.. kalau tak yakin.. Luahkan je kepada Allah swt.. InsyaAllah jika lelaki tu baik untuk Agama kita, Hidup kita, Mati kita..dan boleh membimbing kita bersama-sama menuju cinta yang satu.. Allah swt pasti akan bantu hambaNYA yang beriman..yakin kepada Allah swt.. 

seandainya tak ada jodoh dengan lelaki yang kita suka tu..terimalah hati dengan ikhlas dan "set mind" siap-siap.. "InsyaAllah ada lelaki yang lebih baik darinya untuk aku" dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah swt..

0kewh ke...faham ke apa khalidah cuba nak habaq..hehe..hope faham la ye.. kalau nak jawapan yang lebih flexsibel dan padat bolehlah berjumpa dengan orang-orang yang pakar dalam bidang ni (not me) hehe...aisya cuma sampaikan ilmu sekecil zaraf je..
Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (surah rum: ayat 21)

              * dalam apa-apa hal pun "Utamakan ALLAH SWT dahulu" 

Isnin, 24 Mac 2014

persoalan jodoh?

Assalamualaikum sahabat sekalian...
terima kasih masih sudi mengikuti perkembangan blog saya....InshaAllah...akan cube updates sekerapnye...oke...



sekarang alhmdulillah saya da dapat rezak STPM full...alhmadulillah keputusannyer seperti aper yang saya target...aper-ape pon saya bersyukur kehadrat Illahi....Allah memperkenan kan doa saya....ramai juga sahabat-sahabat seperjuangan STPM di PRAUNISAS dapat keputusan yang cemerlang....berkat usaha dan kesabaran kami dengan bermacam tomahan yang kami dapat...kami ambil ia sebagai peransang semangat untuk terus berjuang.....
oke,....situasinyer sekarang ni saya baru jer dapat rezak STPM...



sudah ramai yang bukak mulut tentang soal bile nak kawin pula....


cuber persoalkan bile pula saya nak sambung degree...??tak begituh ker....
tak marah pun dengan pertanyaan sebegitu....cuma yang saya pelik tu kenapa ramai benor nak menanyer nyer....oke...thinks positif ..mereka nak tengok saya kahwin dan bahagia...gituh.....
kawan2...sahabat...rakan2...makcik2...pakcik2....cikgu2...adik2...kakak2,...abang2...dengar ni....PERKAHWINAN bukan lah perkara yang mudah dilaksana seseorang....dan bukan juga perkara yang boleyh difikirkan dalam masa yang singkat.....bagi khalidah...

perkahwinan ialah masa depan khalidah....jadi takkan khalidah nak senang-senang rosakkan masa depan khalidah dengan terburu-buru.....perkahwinan tak sama juga macam kiter belajar disekolah....perlu berusaha utk mendapat kan yang tebaik..perlu banyak pelajari utk memahami dengan baik....jadi ia juga perlu lah ada tempoh utk menSEARCH , meRESEARCH , men STUDY.....banyak lagi yang perlu khalidah pelajari.....bukannyer tak nak kahwin...saper jer yang tak nak kahwin...org giler pun nk kahwin....tapi bagi khalidah selepas perkahwinan banyak perkara yang mudah seperti org len cakap... '' weyh ak nak kahwen bulan depan, datang taw kenduri aku nanti.'' bukan semudah itu....saya juga kene fikirkan ape yang terbaik buat masa akn datang...
iaitu:

1) boleyh tak die ni memipin khalidah ke jalan syurga??dan cukup solehah ker utk mnjadi isteri??
2) boleyh ke ekonomi die  dan khalidah ni bertahan di masa akn datang...sbb ekonomi sekarang semakin mncabar...???
3) boleyh tak die ni mendidik khalidah dan anak mengaji dan memberi pendidikan??
4) boleyh tak..macam2 lagi perlu difikirkan...demi kebaikan masing2...
THIS IS MY FUTURE....tak perlu risau...yang saya minta kalian doakan yang terbaik buat saya....
jika saya mahu suami yang soleh ..terlebih dahulu saya kene menjadi wanita yang solehah dahulu.......lelaki yang baik pasti utk perempuan yang baik...tak begituh.....

Ingat perkahwinan bukan seperti makan kacang....semudah yang dicakap....perlu banyak persediaan....banyak dipelajari...semua orang mendambakan rumah tangga yang baik dan indah-indah belaka...jadi sebelum membina rumah tangga mari kita mendekati lebih banyak dengan SANG PENCIPTA tulang rusuk kita...iaitu Allah Yang Maha Esa....Dia sahaja tahu ape yang terbaik buat kite semua.....mari mencintai Allah sepenuh hati kite dahulu...malu lah kite meraih-raih cinta manusia tapi cinta Allah kite persiakan...NAUZUBILLAH....cinta lah cinta ALLAH YANG HAKIKI ...

Merinduimu...

ohoooo!!!!
ASSALAMUALAIKUM ...
kepada pembaca blog saya yang setia...terima kasih sebab masih mengikuti blog saya yang sudah sekian lama tidak updates.... 


dengan terluangnyer masa bercuti selama seminggu ni saya nak manfaatkannyer secara baik....alhamdulillah ini peluang nyer utk buang sawang-sawang yang dah lama dan gris sikit aper yang dah berkarat.....hehe....terima kasih masih setia melawat blog yang tak seberapa naik ni..hehehe...aper pon teruskan mengikuti blog saya....rindu dekat blog ni...kini baru berpeluang untuk menaip semula post baru....
ok...nak citer sikit perkembangan diri saya selepas STPM....


alhamdulillah..dalam bulan dua macam tu saya dapat tawaran guru ganti JQAF...alhmadulillah semua ni rezeki...ade juga pengalaman saya mnjadi cikgu di sekolah kerajaan....macam mimpi jer...tapi mimpi yang indah ini hanya utk sementara bagi menggantikan ustzah JQAF yang bersalin sampai bulan lima ni...kan seronok mimpi indah ni berterusan saja....nak sangat jadi guru tetap....tapi apakan daya..hanya bergelar 'GURU GANTI'...its ok..tk per..nak sambung degree....nk mntak kos pendidikan...nak sangat jadi cikgu....tak der ke jalan mudah utk ke pekerjaan ni..dan tak deer ke menteri besar yang sudi menyerap saya terus jadi cikgu...saya minat sangat...masih ker ader ruang untuk saya mnjadi guru selepas degree nanti....menurut cikgu kaunseling saya sekarang ni di dunia luar ni dah kelambakan cikgu dan ader yg belum dpt posting lagi kemana2.......


''Ya Allah ...berilah ruang yang luas buat ku untuk menjadi cikgu,guru,or ustazah....aku sangat bermnt dengan pekerjaan ini...pekerjaan ini sangat mulia...aku ingin sangat membantu anak melayu dan umat islam...ya Allah beri lah kesempatah utk aku menjadi seorang pendidik yang dapat berbakti...''

moga ade ruang pekerjaan ini buatku...pembaca blog saya ni doakn saya yer....doakn yang terbaik buat saya....perjalanan saya masih jauh lagi.,....saya baru menempuh sesuku daripada ranjau kehidupan saya....masih banyak lagi belum ditempuh...alam belajar belum habis lagi, alam pekerjaan...dan lagi satu alam yang merisaukan saya...alam rumah tangga...dan juga alam tua dan juga tidak lupa alam kematian....Allahhuu....

masih perlu dipelajari dan ditingkatkan bagi menghadapi segala2 ini.....moga dapat menjdi muslimah yang solehah dan dlam redha Allah...