Isnin, 6 Ogos 2012

Sunnah Rasulullah SAW ketika memakai kasut

Rasulullah SAW berkata;
‘Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakannya dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua2
belah) atau menanggalkannya semuanya.’

Sunnah ini sentiasa berulang dalam kehidupan seharian seorang Muslim. Setiap kali ingin keluar kita akan memakai dan menanggalkan kasut contohnya ketika pergi ke masjid, masuk dan keluar bilik air, keluar bekerja, pulang dari kerja dan sebagainya.

Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah ini yang sentiasa berulang dalam kehidupan kita yang sudah tentu dapat menambahkan ganjaran pahala, dan segala gerak-geri serta tingkah laku kita berada dalam keadaan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu cara untuk memperoleh pahala dalam amalan2 itu kita hendaklah niatkannya kerana ingin mengikuti sunnah Rasulullah SAW.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggallah komen sikit yea....( ^◡^)っ✉